Berita Baik! 1,063 Rumah Mampu Milik Dilancarkan di Bandar Elmina!
Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, melancarkan majlis pecah tanah projek Rumah Idaman Amani di Bandar Elmina, menawarkan 1,063 unit pangsapuri mampu milik bermula RM250,000. Terletak di kawasan strategik dengan akses mudah dan kemudahan lengkap, projek ini dijangka siap menjelang 2028 dan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Selangor untuk membina lebih 200,000 unit rumah mampu milik dalam persekitaran berkualiti tinggi.