Inisiatif

Peristiwa
5/10/24
Isu
Selangor
Negara

Amirudin Shari Turun Padang! Lawatan ke PPS SK Bukit Badong dan Desa Aman

Lawatan ke Mangsa Banjir di PPS SK Bukit Badong dan SK Desa Aman

Pada 5 Oktober 2024, saya bersama-sama isteri saya, Diana, melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Bukit Badong, Bestari Jaya. Seramai 63 orang mangsa telah ditempatkan di sini, kebanyakannya merupakan penghuni pusat penjagaan warga emas yang terletak di Ijok.

Seterusnya, saya melawat PPS SK Desa Aman di Desa Coalfields, yang menempatkan 600 orang mangsa banjir, mewakili separuh daripada jumlah keseluruhan mangsa banjir di Selangor ketika ini. Alhamdulillah, jika cuaca mengizinkan, keluarga-keluarga di PPS SK Desa Aman ini dijangka dapat pulang ke rumah masing-masing pada hari ini, setelah 3 hari meninggalkan kediaman mereka.

Kerajaan Negeri Selangor akan terus menggerakkan pasukan Sukarelawan Selangor untuk membantu dalam kerja-kerja pembersihan pasca banjir, pemunggahan barang-barang rosak, serta membantu mangsa yang terjejas. Selain itu, pihak Yayasan MBI telah menyerahkan bantuan asas kecemasan seperti keperluan harian kepada mangsa-mangsa.

Insya-Allah, Kerajaan Negeri Selangor akan sentiasa memelihara kebajikan dan kesejahteraan mangsa-mangsa bencana ini dari semasa ke semasa.

#AmirudinShari

#MenteriBesarSelangor

#Banjir

#PPS

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.