Inisiatif

Peristiwa
16/1/25
Isu
Selangor
Negara

Amirudin Shari Bertemu Ketua Setiausaha Negara: Perkukuh Sinergi Negeri dan Persekutuan

Pada 16 Januari 2025, saya berbesar hati mengadakan kunjungan ke atas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

Pertemuan ini membawa makna mendalam, mengingatkan kami akan kenangan sewaktu Tan Sri Shamsul Azri menabur bakti di Negeri Selangor lebih 10 tahun yang lalu. Diskusi yang berlangsung menyentuh pelbagai aspek kerjasama, termasuk pelaksanaan agenda reformasi perkhidmatan awam yang dipimpin oleh Tan Sri KSN, dengan semangat positif dan sinergi yang jelas dirasai oleh kedua-dua pihak.

Kami turut menikmati hidangan makan tengahari ala kampung yang menyuntik kehangatan dan semangat kekeluargaan dalam pertemuan ini. Usaha memperkukuhkan sinergi ini selaras dengan aspirasi #KitaSelangor dan Malaysia MADANI, yang menekankan kerjasama erat demi kebaikan rakyat serta kemajuan negara.

Semoga persefahaman ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif bersama yang mampu membawa manfaat kepada Negeri Selangor dan seluruh negara.

#KitaSelangor

#MalaysiaMADANI

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.