Inisiatif

Peristiwa
1/4/25
Isu
Selangor
Negara

Bertemu dengan mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights.

Pilu melihat kesan daripada letupan paip gas yang terjadi di Putra Heights, yang telah memusnahkan rumah dan premis perniagaan. Saya sempat bertemu dengan mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights.

Bagi meringankan beban mangsa, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan tunai segera sebanyak RM5,000 untuk kediaman yang musnah sepenuhnya dan RM2,500 untuk kediaman yang terjejas sebahagian. Kerajaan Persekutuan, Petronas, dan Kerajaan Negeri akan membantu proses pemulihan kawasan perumahan yang terjejas.

Kerajaan Negeri memahami kesulitan yang dihadapi oleh semua mangsa, dan Selangor bersama pihak berkuasa akan melakukan segala usaha bagi memastikan siasatan menyeluruh dijalankan. Saya gesa semua pihak untuk memberi ruang terhadap pihak berkuasa untuk membuat siasatan terperinci.

Semoga mangsa yang terjejas diberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui ujian ini.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.