Banjir Kilat di Sungai Tua! Amirudin Shari Arahkan Bantuan Segera MPS dan Sukarelawan
Lawatan ke Kawasan Banjir Kilat di DUN Sungai Tua: Arahan Tindakan Segera Diberikan
Pada 3 Oktober 2024, sebaik sahaja menerima berita beberapa kawasan di DUN Sungai Tua mengalami banjir kilat, saya segera turun padang untuk melawat kawasan yang terjejas. Melihat sendiri keadaan, saya mengarahkan agar pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) serta sukarelawan Team Selangor dan SERVE segera melaksanakan bantuan untuk proses pembersihan.
Selain itu, saya telah meminta agar Pejabat Daerah dan Tanah Gombak bersiap sedia untuk membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa banjir, sekiranya air masih belum surut. Bantuan kecemasan juga disediakan oleh Pejabat DUN Sungai Tua untuk mangsa yang memerlukan.
Ketika ini, Selangor sedang mengalami peralihan Monsun Timur Laut, dan saya menyeru kepada semua pihak untuk terus berjaga-jaga dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang berlaku. Keselamatan rakyat Selangor adalah keutamaan kita.
Bersama kita hadapi cabaran ini.
#AmirudinShari
#MenteriBesarSelangor
#SungaiTua
#KitaSelangor