Suara

Peristiwa
16/11/23
Selangor
Bantuan

Berita Harian: Selangor kaji beri bantuan anak lahir luar negeri

SHAH ALAM: Kerajaan negeri sedang meneliti kaedah bagi memastikan anak yang tinggal di Selangor layak menerima bantuan Program Iltizam Anak Selangor walaupun lahir di luar negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata perkara itu tertumpu kepada keluarga di daerah Sabak Bernam dan Sepang berikutan ada antara mereka terpaksa ke hospital yang berhampiran di negeri jiran untuk proses kelahiran.

"Di dua lokaliti ini, ada ibu yang alami komplikasi bersalin dan terpaksa menyeberang ke Teluk Intan (Perak) dan Port Dickson (Negeri Sembilan) untuk melahirkan anak.

"Selain pembinaan hospital baharu yang dikenal pasti di Tanjung Sepat (Sepang), Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) turut meneliti bagaimana untuk kenal pasti mereka yang layak (menerima bantuan) walaupun secara teknikal mereka tidak layak kerana lahir di negeri lain," katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Ketika menjawab soalan Mohd Rafiq Mohd Abdullah (PN-Kuang), Amirudin berkata bantuan dan sumbangan sememangnya tertumpu kepada anak-anak yang lahir di negeri ini namun tetap membantu keluarga yang bermastautin lama.

Iltizam Anak Selangor adalah skim di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang yang menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Selangor bermula kelahiran tahun 2022.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.