Jangan Sebar Berita Palsu
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Selaku Menteri Besar Selangor dan kami semua di pejabat YAB Dato' Seri Amirudin Shari ingin menegaskan yang sebarang penyebaran maklumat atau berita palsu adalah SATU KESALAHAN UNDANG-UNDANG.
Menyebarkan berita yang tidak sahih,lebih-lebih lagi dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan akan menegelirukan keadaan masyarakat dalam menempuhi saat-saat yang kritikal ini.
Pastikan anda Baca, Semak, dan Sebar sebelum menyampaikan apa jenis berita. Bersama kita tempuhi dan putuskan rangkaian jangkitan Covid-19.
Kami juga berkongsi nombor Hotline Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk kegunaan Tuan dan Puan memastikan kesahihan berita.
#SelangorGempurCovid19