Insentif Rahmah Ramadan Selangor
Untuk menghargai usaha serta komitmen para penjawat awam negeri yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memakmurkan negeri, serta bagi mengambil semangat bulan Ramadan yang rahmat dan berkat, Kerajaan Negeri telah bersetuju memberikan Insentif Rahmah Ramadan Selangor sebanyak satu (1) bulan gaji, minimum RM1 ribu kepada semua anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM39.15 juta yang akan dibayar pada 27 April 2022.