Media

Peristiwa
18/9/23
Negara

Astro Awani: PM Anwar saksikan pertukaran MoU syarikat Malaysia, China bernilai RM19.84 bilion

NANNING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan tiga lagi perjanjian persefahaman (MoU) bernilai RM19.84 bilion ditandatangani antara syarikat Malaysia dan China.

Memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri, MoU pertama bernilai RM15 bilion ditandatangani antara Citaglobal Berhad dan Shanghai Sus Environment berkaitan penerokaan potensi kerjasama dalam membangunkan stesen jana sisa buangan menjadi tenaga, khususnya di Malaysia.

MoU kedua pula bernilai RM2.34 bilion antara PM Access World dan Beibu Gulf Port Group Group, yang bakal menyentuh mengenai kerjasama logistik dan gudang penyimpanan antara dua syarikat berkenaan dalam menyokong New International Land-Sea Trade Corridor.

MoU itu dijangka dapat meningkatkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Guangxi dan Malaysia.

Sementara itu MoU terakhir pula bernilai RM2.5 bilion antara Sime Darby Oils International Limited dan Guangxi Beibu Gulf International Port Group untuk membina pusat penapisan dan pengagihan hasil kelapa sawit, dengan unjuran jumlah transaksi tahunan mencecah 500,000 tan.

Turut bersama-sama Perdana Menteri menyaksikan majlis persefahaman tersebut ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.

Anwar kini berada di Nanning untuk lawatan satu hari, khusus bagi menyertai China – ASEAN Expo Ke-23, dan China – ASEAN Business and Investment Summit (CABIS).

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.