Inisiatif

Peristiwa
8/4/22
Isu
Selangor

Insentif Rahmah Ramadan Selangor

Untuk menghargai usaha serta komitmen para penjawat awam negeri yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memakmurkan negeri, serta bagi mengambil semangat bulan Ramadan yang rahmat dan berkat, Kerajaan Negeri telah bersetuju memberikan Insentif Rahmah Ramadan Selangor sebanyak satu (1) bulan gaji, minimum RM1 ribu kepada semua anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM39.15 juta yang akan dibayar pada 27 April 2022.

Kerajaan Negeri juga bersetuju agar Insentif Rahmah Ramadan Selangor berjumlah RM1 ribu dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan/ Tersusun, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor (WBS).

Insentif Rahmah Ramadan Selangor sebanyak RM500 turut dipanjangkan kepada Penggerak Belia Selangor serta Penggerak masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal) atas dedikasi pengimarahan institusi masjid sepanjang Ramadhan ini.

Semoga usaha ini diberkati, InsyaAllah.

#RahmahRamadanSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.