Inisiatif

Peristiwa
13/3/25
Isu
Selangor
Negara

Menziarahi sahabat saya YB Tn Hj Hasnizan Harun, Ahli Parlimen Hulu Selangor

Sewaktu di Hulu Selangor semalam, saya mengambil kesempatan menziarahi sahabat saya YB Tn Hj Hasnizan Harun, Ahli Parlimen Hulu Selangor yang telah menjalani prosedur perubatan baru-baru ini. Sambil ditemani Setiausaha Politik saya Sdr Saifuddin Shafi kami turut berjumpa sahabat lama Tn Hj Zaidy, Setiausaha PAS Selangor.

Alhamdulillah YB Hj Hasnizan kelihatan ceria dan cergas. Kebetulan beliau merupakan rakan baik kepada bapa mertua saya.

Saya mendoakan agar YB Hj Hasnizan diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat Hulu Selangor.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.