Dari Gombak ke Seluruh Malaysia: Amirudin Shari dan 26 Tahun Reformasi!
Gombak
Amirudin Shari, Naib Presiden KEADILAN, Pengerusi KEADILAN Selangor, dan Ketua Cabang Gombak, bersama rakan-rakan pendukung dan penyokong KEADILAN, berkumpul pada 2 September untuk memperingati 26 tahun perjuangan Reformasi yang bermula pada 20 September 1998. Dalam majlis makan malam, bacaan Yassin, Tahlil, dan Doa Selamat, Amirudin menekankan bahawa semangat Reformasi bukan sekadar sejarah, tetapi ikrar untuk terus menentang kezaliman dan memperjuangkan keadilan. Beliau menyeru rakyat Malaysia agar terus menyimpan api perjuangan ini demi masa depan yang lebih adil dan sejahtera.