Isu Stadium Shah Alam (SSA)
Saya memahami keluhan serta kekecewaan peminat bola sepak Selangor serta rakyat Selangor dengan keadaan Stadium Shah Alam (SSA) ketika ini. Banjir besar yang berlaku pada 2006, 2015 dan 2021 telah mengakibatkan kerosakan kepada SSA. Sejak 2013 hingga 2022, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM 56 juta bagi membaiki dan membaik pulih SSA antaranya bumbung, bilik persalinan, sistem pendawaian elektrik serta sistem saliran air. Oleh kerana saiznya yang besar serta kebanyakan bahan gantian yang mahal, kos menyelenggara ini semakin meningkat. Dijangkakan kos keseluruhan bagi membaik pulih dan menaik taraf kesemua fasiliti mencecah RM 787 juta. Ini adalah berdasarkan laporan serta kajian terperinci yang terbaru pada tahun lalu.