Media

Terkini
3/10/23
Selangor
Negara
Isu

Sinar Harian: Lima kawasan di Selangor rekod IPU tidak sihat

SHAH ALAM - Lima kawasan di negeri Selangor mencatatkan rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga 12 tengah hari pada Isnin.

Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Shah Alam adalah 156, Petaling Jaya (155), Banting (156), Johan Setia (151) dan Klang (134).

Turut mencatat IPU tidak sihat ialah di Putrajaya (155) dan Batu Muda di Kuala Lumpur (151) serta Nilai di Negeri Sembilan (163).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas di bawah kategori berbahaya.

Tangkap layar info grafik laman web APIMS pada Isnin.

Tangkap layar info grafik laman web APIMS pada Isnin.

Pada Mei lalu media melaporkan, pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran berlakunya jerebu lebih serius di rantau selatan ASEAN antara Jun dan Oktober pada tahun ini.

Amaran tersebut dibuat ketika musim kemarau diramal berlaku lebih teruk dan berpanjangan daripada biasa.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS, https://apims.doe.gov.my/home.html untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.