Inisiatif

Ekonomi
3/10/24
Isu
Selangor
Negara

USD3.2 Bilion Pelaburan Google! Amirudin Shari Bawa Masa Depan Digital dan AI ke Selangor

Google’s First Data Center in Malaysia: Mantap Malaysia Bersama AI

Pada 2 Oktober 2024, saya menghadiri acara Mantap Malaysia Bersama AI: A Google For Malaysia Event, yang menyaksikan majlis pecah tanah pusat data pertama Google di Elmina Business Park, Selangor. Acara ini disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan turut disaksikan oleh Ruth Porat, Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, bersama tetamu kehormat yang lain.

Pelaburan oleh Google ini akan memberi impak besar kepada ekonomi negara dengan nilai lebih USD 3.2 bilion, selain menjana sebanyak 26,500 peluang pekerjaan menjelang 2030. Pusat data ini akan menjadi elemen penting dalam menangani peningkatan permintaan terhadap Google Cloud, inovasi kecerdasan buatan (AI), serta perkhidmatan digital lain yang digunakan oleh individu dan organisasi di Malaysia.

Pada majlis tersebut, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan Dasar Pengkomputeran Awan Negara, yang memfokuskan kepada empat bidang utama:

1. Meningkatkan inovasi dan kecekapan perkhidmatan awam.

2. Memperkukuhkan daya saing ekonomi negara.

3. Mengembangkan ekonomi digital yang berdaya saing serta mewujudkan kepercayaan pengguna.

4. Mengutamakan keselamatan data dan keterangkuman digital untuk rakyat.

Sebagai Menteri Besar Selangor, saya memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui agensi dan anak syarikat akan memberikan sokongan penuh dalam pembangunan hab pusat data ini. Insya-Allah, dalam Belanjawan Selangor 2025 yang akan saya bentangkan pada November nanti, kita akan memperkenalkan langkah bersepadu dalam bidang AI bagi manfaat rakyat Selangor.

Mantap Malaysia Bersama AI!

#AmirudinShari

#MenteriBesarSelangor

#Google

#MalaysiaMADANI

#Selangor2025

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.