Inisiatif

Ekonomi
1/1/25
Isu
Selangor

Amirudin Shari Umum Kutipan Tertinggi Negeri Selangor: Sejarah Baru Terukir

Pada 31 Disember 2024, Kerajaan Negeri Selangor mencatat sejarah baru apabila berjaya meraih kutipan hasil sebanyak RM2.858 bilion, melebihi sasaran asal sebanyak RM2.2 bilion. Dengan pencapaian 129.93% daripada sasaran, ini bukan sahaja menjadi penanda aras baru tetapi juga mengatasi rekod kutipan hasil tertinggi sejak tahun 2017.

Pencapaian ini adalah hasil kerja keras dan kerjasama erat pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan negeri, penjawat awam, dan seluruh rakyat Selangor. Ia membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam mentadbir urus kewangan dengan telus, cekap, dan efektif.

Kutipan hasil yang luar biasa ini akan memberi impak besar kepada pembangunan negeri, memastikan lebih banyak projek dan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat dapat dilaksanakan pada tahun-tahun mendatang. Dari pembangunan infrastruktur hingga kebajikan rakyat, setiap sen hasil ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan bersama.

Sebagai Menteri Besar Selangor, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan pencapaian ini. Kepercayaan dan sokongan rakyat adalah kunci utama kejayaan ini.

Insya-Allah, dengan semangat ini, tahun 2025 akan menjadi tahun yang lebih cemerlang untuk Selangor. Kita akan terus bekerja keras untuk membawa negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.

Terima kasih, rakyat Selangor!

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.