SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAG IBADAH KORBAN AIDILADHA 1443H

Bagi menyambut ketibaan Aidiladha, Kerajaan Negeri akan mengagihkan 600 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing bernilai RM5.05 juta. Ibadah korban ini akan diagihkan kepada masjid dan surau, badan bukan kerajaan serta pusat khidmat masyarakat di seluruh negeri.
Dengan kelonggaran SOP selepas negara beralih ke fasa endemik, sambutan tahun ini dijangka lebih meriah dengan penambahan penyertaan. Semoga kita semua dilimpahi keberkatan menyempurnakan ibadat ini.
#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor
#MBSelangor
#AmirudinShari
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor