Sukarelawan Komuniti Kesihatan Selangor (SUKA)
Bagi memastikan kegiatan berkaitan kesihatan awam lebih menyeluruh, Kerajaan Negeri melancarkan Sukarelawan Komuniti Kesihatan Selangor (SUKA) untuk melibatkan tanggungjawab komuniti merangkumi 56 DUN Selangor. Latihan akan diberi secara maya dan bersemuka untuk memperkenalkan pengetahuan kesihatan supaya memudahkan urusan membantu masyarakat.
SUKA terlibat dalam menyediakan kenderaan membawa pesakit COVID-19, melakukan proses nyahkuman, memeriksa individu kuarantin serta bertugas di pusat pemberian vaksin (PPV). Pada masa hadapan, SUKA bakal menganjur program setempat yang dapat membentuk komuniti sihat dari segi fizikal dan mental selain menjadi memberi kesedaran kepentingan kesihatan awam di Selangor.
#KitaSelangor
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor