Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA)

Kerajaan Negeri mewujudkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) untuk menjalankan aktiviti kesihatan awam di peringkat komuniti terutamanya berkaitan pandemik COVID-19.
Sukarelawan terpilih akan dilatih dengan modul-modul bertemakan COVID-19 secara berkala. Kemahiran seperti pengurusan pesakit, ujian COVID-19 di rumah, penggunaan kit penilaian rumah menerusi SELangkah serta pelbagai lagi akan diajar secara profesional.
Menerusi SUKA, sifat kesukarelawanan dapat dibudayakan dalam masyarakat.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh emel kepada sukakomuniti2021@gmail.com atau layari www.sukasociety.org
#KitaSelangor
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor