Media

Ekonomi
22/7/20
Isu
Pelan Pemulihan
Selangor

Statistik Pelaburan Asing dan Domestik di Selangor

Statistik terkini Malaysian Investment Development Authority (MIDA) pada 26 Jun 2020 menunjukkan Selangor merekod pelaburan domestik langsung (DDI) tertinggi di Malaysia pada 2019 berjumlah RM315 juta. Dasar fiskal Selangor diperkukuhkan lagi dengan kemasukan pelaburan asing langsung (FDI) yang bernilai RM6,625.4 juta.

Keadaan ekonomi tahun 2020 sangat mencabar di mana organisasi kewangan utama dunia seperti Bank Dunia serta Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan perkembangan ekonomi global yang sangat lemah susulan ancaman COVID-19.

Dalam usaha menggerakkan semula jentera ekonomi, Kerajaan Negeri Selangor telah membentangkan 3 pakej rangsangan ekonomi termasuk baru-baru ini iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor 2020 yang menekankan kepada tiga tonggak utama dalam menangani impak COVID-19. Ketiga-tiga tonggak tersebut ialah Jaminan Bekalan Makanan (Food Security), Kemampanan Ekonomi (Economic Sustainability) dan Pembangunan Keupayaan (Capacity Building) di mana jumlah keseluruhan nilai ialah RM 55.85 bilion.

Ayuh warga Selangor bersama memainkan peranan menjana pendapatan negeri dalam apa jua peringkat sekali pun supaya kestabilan ekonomi Selangor kekal pulih dan cemerlang.

#SelangorMajuBersama
#SelangorGempurCOVID19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.