SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di Selangor
Alhamdulillah, hari ini Negeri Selangor melangkah ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara. Usaha berterusan semua pihak meningkatkan kadar vaksinasi telah mula menunjukkan hasil baik terutamanya kadar penggunaan katil & kadar jangkitan di Negeri Selangor yang telah menurun.
Namun begitu kita harus sentiasa kekal berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka, menjaga jarak serta mengelakkan tempat yang sesak serta menjaga kebersihan. Amalan ini adalah sebahagian dari norma baharu yang harus menjadi tanggungjawab bersama seluruh rakyat Selangor.
Kita harus belajar dari beberapa contoh yg terjadi apabila kadar jangkitan telah menurun hasil dari vaksinasi, namun lonjakan kes berlaku kerana kegagalan mematuhi SOP. Kealpaan ini akan menyebabkan perebakkan berlaku dan beberapa sekatan akan dikuatkuasakan semula.
Mari bersama-sama kita amalkan disiplin untuk menewaskan wabak COVID-19. Bersama menuju kejayaan.
#KitaSelangor
[BACA SOP PENUH MKN PPN2 BERTARIKH 9 SEPTEMBER DI SINI]
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor