Inisiatif

Peristiwa
3/11/23

Solat Jumaat di Masjid As Syakirin

Menunaikan Solat Jumaat bersama para jemaah dan kariah Masjid As Syakirin di Gombak Setia. Usai solat saya dijemput menjamu selera bersama pihak pengurusan masjid dan disertai YAD Tan Sri Dato' Paduka Raja Dato' Haji Wan Mahmood bin Pa’wan Teh Orang Besar Daerah Gombak dan YDP Majlis Perbandaran Selayang Dato’ Mohd Yazid bin Sairi.

Khutbah pada hari bertajuk “Integriti Pendukung Kekuatan Ummah” sarat dengan iktibar dan pengajaran.

Kami turut bersama sama memanjatkan doa dan munajat buat umat Islam di Palestin yang sedang ditindas dan dizalimi rejim Zionis Israel.

From the river to the sea, Palestine will be free

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.