DYMM Sultan Selangor Rasmi Elmina Lakeside Mall Bersama Amirudin Shari
Pada 12 Januari 2025, saya berbesar hati mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ke perasmian Elmina Lakeside Mall (ELM) dan Elmina Outdoor Sculpture Museum (EOSM).
Elmina Lakeside Mall, yang telah beroperasi sejak Ogos 2024, menempatkan pelbagai penyewa utama seperti Jaya Grocer, Harvey Norman, dan Kenny Hills Bakers, memberikan akses mudah kepada kemudahan membeli-belah bagi lebih 870,000 penduduk dalam radius hanya 20 minit perjalanan.
Elmina Outdoor Sculpture Museum pula menjadi mercu tanda seni dan budaya dengan menampilkan amalan seni kontemporari terbaik dari dalam dan luar negara. Fokusnya untuk mengangkat seni dan ekspresi kreatif seiring dengan aspirasi Selangor Pintar.
Bandar Elmina, yang menawarkan lebih daripada 1,100 ekar ruang hijau, termasuk Central Park seluas 67,000 kaki persegi, dijangka dapat menampung 60,000 penduduk. Kemudahan lain seperti Elmina Rainforest Knowledge Centre dan trek jogging sepanjang 90km memperlihatkan komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar serta gaya hidup sihat untuk masyarakat.
Tahniah kepada pengurusan Elmina Lakeside Mall dan pemaju yang berjaya merealisasikan projek ini, memenuhi keperluan moden rakyat Selangor dengan gabungan kemudahan terkini dan elemen alam semula jadi. Projek ini juga selaras dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk menjadikan Selangor sebuah negeri Pintar, Berdaya Huni, dan Makmur.
#KitaSelangor