Skim Pembiayaan Go Digital
Kerajaan Negeri Selangor merangka Skim Pembiayaan Go Digital untuk membolehkan para peniaga melebarkan potensi jualan mereka secara dalam talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Pada masa sama, inisiatif ini selaras dengan agenda digitalisasi Selangor dalam mewujudkan ekosistem perniagaan pintar.
Seramai 83 orang penerima yang telah memanfaatkan pembiayaan ini yang boleh mencecah maksimum RM5 ribu. Semoga inisiatif ini dapat membantu jualan para peniaga terus berjalan secara maya walaupun dengan pelbagai sekatan aktiviti-aktiviti ekonomi sewaktu PKP.
#KitaSelangor
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor