Sistem jaringan jalan raya akan menerima suntikan
Tahun hadapan, sistem jaringan jalan raya akan menerima suntikan RM145 juta bagi memberi keselesaan kepada pengguna yang semakin bertambah. Dan ini meliputi pembinaan jalan baru serta naik taraf jalan sedia ada yang serentak merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.
Sejumlah RM40.98 juta diagih kepada Jabatan Kerja Raya agar pembinaan jalan baharu dapat dilaksanakan seperti Kampung Sri Indah A ke Hospital Sungai Buloh, jalan sambungan Sungai Kelambu-Genting Sanyen dan Kampung Ulu Chuchuh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kerajaan Negeri akan melaksanakan pelbagai projek jalan raya serta infrastruktur berkaitan di pelbagai lokasi. Peruntukan ini menjamin ketersambungan sistem jalan raya untuk manfaat pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi negeri.