Media

Ekonomi
15/1/24
Isu
Selangor

Sinar Harian: Selangor bangun makmal R&D benih kultur tisu

SABAK BERNAM - Kerajaan Selangor akan mewujudkan sebuah makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan kultur tisu tumbuhan terutama klon pisang dan Melon Selangor di Bagan Nakhoda Omar di sini.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Rizam Ismail berkata, makmal itu boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada petani bagi mempelajari penghasilan klon tumbuhan berkualiti dan berhasil tinggi.

Rizam (lima dari kanan) bergambar bersama pensyarah dan penuntut dari UiTM dan UIN SGD, Indonesia.

Rizam (lima dari kanan) bergambar bersama pensyarah dan penuntut dari UiTM dan UIN SGD, Indonesia.

Menurutnya, makmal itu diyakini dapat memainkan peranan bagi membantu petani bukan sahaja sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar malah di seluruh Selangor.

"Pembangunan makmal penyelidikan ini adalah yang pertama di daerah Sabak Bernam dan jika ia mendapat sambutan baik, saya yakin ia dapat melahirkan lebih ramai petani moden khususnya golongan muda menceburi teknik pembiakan kultur tisu," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini pada Jumaat.

Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar berkata, penghasilan kultur tisu itu mampu menghasilkan benih berkualiti kerana ia dapat mengeluarkan lebih banyak anak benih dari satu induk sama.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan memohon peruntukan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) bagi pelaksanaan projek pembangunan makmal itu yang turut dimasukkan sebagai salah satu projek berkaitan Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA).

Rizam (lima dari kanan) bergambar bersama peserta yang mengikuti Kursus Pembangunan Projek Klon Melon Selangor dan Kultur Tisu pada Jumaat.

Rizam (lima dari kanan) bergambar bersama peserta yang mengikuti Kursus Pembangunan Projek Klon Melon Selangor dan Kultur Tisu pada Jumaat.

Jelas beliau, projek itu juga nanti melibatkan kerjasama daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati (UIN SGD), Indonesia.

"Kultur tisu adalah teknik pembiakan mikro membabitkan proses memisahkan sekelompok tisu yang kecil (eksplan) daripada tumbuhan.

"Kaedah asas menghasilkan anak benih menggunakan sel tisu ini bermula dengan pemilihan induk benih terpilih yang memiliki potensi dan ciri agronomik, selain bebas perosak serta penyakit,"

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.