Inisiatif

Ekonomi
23/8/22
Isu
Selangor

SELANGOR TERUS MEMBANTU KEWANGAN PARA USAHAWAN MENEMPUHI 2022

Bantuan kepada usahawan Selangor sentiasa dijamin bagi menggerakkan ekonomi negeri dan mewujudkan peluang pekerjaan. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM120 juta dalam Belanjawan 2022 untuk membiaya usahawan selain mewujudkan skim baharu dengan pinjaman sehingga RM100,000.

Alhamdulillah, lebih 4,000 usahawan telah memanfaatkan Hijrah Selangor dengan pembiayaan hampir RM70 juta. Kerajaan Negeri berbesar hati melihat kesungguhan ramai usahawan dalam mengembangkan perniagaan dan sentiasa merangka skim bersesuaian yang boleh menyokong mereka.

Memasuki pertengahan kedua, Kerajaan Negeri akan terus membantu dan menilai maklum balas pada masa sama sebagai ruang menambah baik. Lebih ramai usahawan berjaya yang dilahirkan, bertambah makmur negeri ini.

#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor
#MBSelangor
#AmirudinShari

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.