Inisiatif

Ekonomi
7/9/22
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Suntikan dana hingga RM1 juta bantu syarikat pemula kembang niaga

SHAH ALAM, 6 SEPT: Sebanyak 150 syarikat sekitar Lembah Klang akan disenarai pendek untuk menerima suntikan pelaburan antara RM500,000 hingga RM1 juta menerusi program Dana Inovasi Selangor.

Penilaian oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) berdasarkan keupayaan serta modal perniagaan syarikat tersebut.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Selangor menjadi negeri pertama memiliki anak syarikat bagi mengendalikan modal teroka untuk dilaburkan ke syarikat pemula berpotensi.

“Pada Belanjawan Selangor 2021, salah satu perkara yang saya umumkan adalah usaha untuk memulihkan ekonomi akibat Covid-19 menerusi persediaan dana sebanyak RM100 juta bawah Dana Inovasi Selangor.

“Sebahagian dana itu (RM30 juta) digunakan untuk membangunkan syarikat yang akan menumpukan modal teroka iaitu mengenal pasti syarikat pemula yang telah dan belum memulakan perniagaan,” katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan modal teroka PNSB dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PNSB dan Sidec di DoubleTree by Hilton, i-City di sini hari ini.

Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk sejumlah dana bagi menyokong Pakej Rangsangan Ekonomi Ketiga yang menyasarkan syarikat pemula dengan keupayaan membawa masuk teknologi terkini.


Langkah tersebut bakal melengkapi inisiatif latihan usahawan oleh Sidec bawah program Brand 100 yang melahirkan ratusan syarikat pemula sejak beberapa tahun lalu.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.