Media

Peristiwa
7/2/22
Selangor
Negara

Selangor Kini: Anwar lancar Khidmat Untuk Malaysia, sinambungan Sukarelawan Selangor

SHAH ALAM, 6 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan sukarelawan Khidmat Untuk Malaysia hari ini bagi membantu kebajikan rakyat terutama ketika berdepan bencana.

Ketua pembangkang berkata inisiatif yang merupakan kesinambungan penubuhan Sukarelawan Selangor (SERVE) bertujuan meringankan beban dan derita masyarakat selain melahirkan sifat kemanusiaan dalam diri ahlinya.

“Ketika banjir pada Disember tahun lalu saya lihat ramai anak muda tampil (membantu). Saya terkesan kerana setiap tempat ada sahaja ratusan anak muda bertungkus lumus dengan sukarela, prihatin, peka terhadap mangsa terutama di Selangor.

“Jadi,saya usulkan kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Mohd Khairuddin Othman (pembangunan generasi muda) untuk meneruskan usaha anak muda ini.

“Dengan prestasi (SERVE) yang cemerlang ini kita lebarkan ke seluruh negara dengan semangat sukarelawan dan manusia,” kata presiden Parti Keadilan Rakyat ketika melancarkan pasukan berkenaan dalam  Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor.

Majlis di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah itu bertujuan meraikan lebih 700 ahli SERVE yang terlibat kerja pascabanjir dan turut disertai Mohd Khairuddin serta Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil.

Kumpulan ska popular Gerhana Skacinta dan gitaris utama Wings, Joe tampil menghiburkan tetamu.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.