Inisiatif

Ekonomi
26/7/24

Selangor dinobatkan sebagai negeri yang paling telus berkenaan belanjawan

Selangor dinobatkan sebagai negeri yang paling telus berkenaan belanjawan di Malaysia dan berkongsi kedudukan teratas dengan Terengganu berdasarkan laporan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

Menurut laporan tersebut, belanjawan yang dibentang Kerajaan Negeri mudah diakses, terperinci dan diberi ruang perbahasan sebaiknya dalam Dewan Negeri Selangor.

Alhamdulillah, laporan tersebut turut mengiktiraf Negeri Selangor sebagai negeri mencatatkan bilangan hari persidangan Dewan Negeri tertinggi. Ini adalah bukti amalan demokrasi subur dan mekar di Selangor, menyangkal dakwaan yang dibuat Ketua Pembangkang baru-baru ini.


InsyaAllah kita akan perbaiki ruang yang ada bagi meneruskan momentum baik ini.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.