Suara

Peristiwa
10/8/20
Selangor
Perayaan

Selamat Hari Orang Asal Sedunia 2020

Komuniti Orang Asal merupakan satu kelompok yang penting buat Negeri Selangor. Samada dari suku Temuan, Mahmeri atau lain-lain suku, Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian dan menitikberatkan tentang kebajikan masyarakat Orang Asal di Selangor.

Berikutan ancaman COVID-19 yang melanda kita kebelakangan ini, sebanyak 5,941 keluarga di seluruh Negeri Selangor yang merangkumi kesemua 74 kampung Orang Asal di Negeri Selangor menerima manfaat di bawah Pakej Selangor Prihatin Fasa Kedua.

Mewakili Kerajaan Negeri Selangor, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Orang Asal Sedunia 2020, semoga kita semua tidak lupa setiap kaum memainkan peranan dalam membentuk identiti dan keutuhan semangat Selangor Darul Ehsan.

#SelangorMajuBersama
#SelamatHariOrangAsalSedunia2020

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.