Inisiatif

Peristiwa
7/1/25
Negara
Isu

Amirudin Shari Sokong Sasaran Visit Malaysia 2026: Lebih 8 Juta Pelancong ke Selangor

Pada 18 Oktober 2024, saya turut hadir di Majlis Peluncuran Kempen Visit Malaysia 2026 (VMY2026) yang berlangsung di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Sepang. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Dato’ Sri Fadillah Yusof, serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing.

Majlis ini menyaksikan pelancaran logo rasmi VMY2026 yang mencerminkan keunikan budaya, keindahan alam semula jadi, serta daya tarikan Malaysia kepada dunia. Selain itu, lagu tema dan maskot rasmi turut diperkenalkan. Beruang matahari, salah satu spesies unik Malaysia, telah dipilih sebagai ikon dan maskot rasmi dengan dua watak iaitu Wira dan Manja, melambangkan keramahan dan daya tarikan Malaysia.

Sebagai Menteri Besar Selangor, saya percaya Visit Selangor Year 2025 (VSY2025) yang akan berlangsung tahun depan merupakan langkah awal yang penting untuk menyokong usaha VMY2026. Dengan sasaran 8 juta pelancong domestik bagi Selangor tahun depan, Kerajaan Negeri Selangor bersama sektor swasta akan terus menggandakan usaha untuk mengembangkan industri pelancongan dan menyumbang kepada kejayaan kempen ini di peringkat nasional.

Insya-Allah, kempen Visit Malaysia 2026 akan memperkukuhkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia dan menyumbang kepada ekonomi negara secara menyeluruh. Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, dan pihak swasta akan memastikan industri pelancongan Malaysia terus berkembang pesat.

#KitaSelangor

#VSY2025

#VisitMalaysia2026

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.