Saiz Industri Pelancongan Selangor
Selangor memiliki pelbagai tempat unik dan menarik untuk dikunjungi ramai, seperti yang dipaparkan oleh statistik tahun 2019. Justeru itu, Kerajaan Negeri mempunyai keyakinan tinggi melonjakkan kembali sektor pelancongan yang terjejas akibat COVID-19.
Tourism Selangor telah melancarkan kempen Pusing Selangor Dulu! baru-baru ini untuk menggalakkan pelancongan rakyat Malaysia ke pelbagai destinasi menarik di Selangor. Malah, Kerajaan Negeri juga menjalankan Program Penebusan Subsidi Baucar Pelancongan bernilai RM200 setiap seorang sebagai insentif.
#SelangorMajuBersama
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor