PROGRAM INTERVENSI EHSAN JUALAN PRIHATIN RAKYAT
.jpg)
Menginsafi kesukaran yang dihadapi rakyat akibat kenaikan kos sara hidup dan harga barangan keperluang, Kerajaan Negeri segera melaksanakan Program Intervensi Ehsan. Bermula Februari 2022, ayam, daging, ikan, minyak paket, telur dan sayuran berkualiti dijual lebih murah dari harga pasaran sehingga Aidilfitri.
Program yang dijenamakan sebagai Jualan Prihatin Rakyat telah menjelajah seluruh 56 DUN Selangor agar semua rakyat dapat menikmatinya. Lebih RM3 juta jualan terhasil dan ketika jualan mega sempena Aidilfitri, lebih RM700 ribu terjual.
Program ini bukan sahaja meringankan beban rakyat, malah menambah kegembiraan menyambut Aidilfitri baru-baru ini. Dengan tekad dan iltizam yang kuat, Kerajaan Negeri akan berikhtiar sebaiknya demi rakyat Selangor.
#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor
#MBSelangor
#AmirudinShari
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor