Pertemuan bersama diaspora dan komuniti rakyat Malaysia di San Francisco, California
Pertemuan bersama diaspora dan komuniti rakyat Malaysia di San Francisco, California.
Alhamdulillah, saya amat gembira dapat berkongsi kejayaan Negeri Selangor kepada diaspora Malaysia di San Francisco. Buat 3 tahun berturut-turut Selangor telah mencatat kejayaan kutipan hasil melebihi sasaran serta telah melancarkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1), rancangan pembangunan 5 tahun pertama oleh sesebuah negeri di Malaysia.
Dalam pertemuan yang dihadiri para mahasiswa dan rakyat Malaysia yang telah bekerja dan tinggal di Amerika Syarikat inj, saya amat mengalu-alukan pandangan dan pendapat dari mereka terutama bagi terus memajukan Negeri Selangor.
Meskipun Selangor adalah negeri termaju dan penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia, saya telah tekankan bahawa komitmen Kerajaan Negeri untuk membela kebajikan rakyat terutama mereka yang memerlukan bantuan.
Menerusi 46 program Iltizam Selangor Penyayang, Kerajaan Negeri memberdaya kehidupan rakyat dan memastikan tiada yang tertinggal di bumi Darul Ehsan.
Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada diaspora Malaysia yang hadir dan juga penghargaan buat Restoran Koriander yang menyajikan juadah yang amat sedap dan istimewa.