PENGURUSAN ASET JALAN SELANGOR DIGITAL
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mendengar keluhan rakyat berkenaan keadaan jalanraya di Selangor. Sebagai salah satu ikhtiar menyelesaikan masalah ini, Kerajaan Negeri sedang perluaskan pembangunan Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar melalui integrasi dengan teknologi baharu. Antaranya kamera pintar, kamera 360, dron dan juga teknologi cerapan AI.
Hasil cerapan dan analisa data kemudiannya akan diintegrasi dalam satu sistem berpusat supaya tindakan segera dapat dilaksanakan dengan efektif. Para pengguna juga boleh bantu melapor apabila integrasi media sosial turut disiapkan kelak.
Hasilnya, pengurusan jalan negeri kelak akan lebih efektif, menyeluruh dan berkonsep ‘real-time solution’. Setakat ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memanfaatkan teknologi ini.
Ini adalah ikhtiar selaras visi Smart Selangor 2025. Ini bukan saja meningkatkan kualiti perkhidmatan rakyat, malah bukti kesungguhan kita mendepani perubahan zaman.
#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor
#MBSelangor
#AmirudinShari
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor