Pelan Transformasi Pertanian Agro Selangor (PeTA) mengembangkan industri pertanian negeri
![](https://cdn.prod.website-files.com/5e15da6978f3a3f265178139/63339a1a3b605cd7d97dec33_amirudin-shari-082022-meningkatkanbekalanmakanan_Square%201.jpg)
Kerajaan Negeri memperkenalkan Pelan Transformasi Agro Selangor (PETA) sebagai garis panduan untuk memajukan sektor pertanian secara holistik dan sistematik. Matlamatnya adalah menjamin bekalan makanan dan meningkatkan pendapatan para petani, penternak dan pelayan.
Sebahagiannya telah bermula. Contohnya Kerajaan Negeri telah memberi peralatan, input-input pertanian dan baka ternakan serta penambahan tukun dan unjam di lautan. Program Pembangunan Agropreneur juga memperkasa warga agro meningkatkan hasil dan melibatkan lebih ramai orang muda.
Kerajaan Negeri turut strategi pemodenan merangkumi penggunaan drone dan sistem Internet Of Thing (IoT). Penggunaan baja-baja organik juga boleh meningkatkan hasil dan dalam masa yang sama boleh mengekalkan kelestarian.
Untuk para pengguna, program pemasaran juga dirangka bagi meningkatkan nilai jualan dan mengurangkan kos kepada pembeli seperti Program Selangor Agro Market (SAM). Kerajaan Negeri juga meneroka agro pelancongan untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui aktiviti sampingan.
Secara umum, PeTA juga fokus sektor baru yang berupaya menghasilkan pulangan tinggi dengan kaedah moden. Banyak lagi strategi serta program yang bakal dilaksanakan. Kemajuan sektor pertanian dijangka memberi sumbangan signifikan kepada KDNK negeri.
#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor