Inisiatif

Ekonomi
14/3/22

NADI MEMPERKASA USAHAWAN WANITA SELANGOR

Sejak Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) diperkenalkan bagi membantu wanita berniaga bermula Februari 2021, seramai 1,637 wanita kini telah menjalankan perniagaan pemakanan, pembekalan, perkhidmatan, pertanian, pemprosesan dan penternakan setakat 22 Februari tahun ini.

Skim ini direka bagi memudahcara pinjaman buat rakyat Selangor yang ingin berniaga. Di bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah), pelan pembiayaan ditawarkan pada minimum RM1,000 dan maksimum RM5,000 serta pilihan tempoh biaya antara enam bulan sehingga tiga tahun.

Skim ini telah membantu wanita mencipta pendapatan baru keluarga selain menambah keupayaan kewangan isi rumah. Tahun ini sahaja, 117 wanita telah menikmati manfaat ini dengan peruntukan RM522,000. Permohonan masih dibuka, jangan lepaskan peluang ini.

#KitaSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.