Inisiatif

Peristiwa
8/5/23

Mengopi dengan mahasiswa Selangor di Los Angeles.

Terasa segar dan muda (walaupun umur saya relatifnya muda) apabila dapat duduk berborak santai dan mengopi dengan mahasiswa Selangor di Los Angeles.

Mendengar pandangan dari Imran, Zabir, Jalal, Rifqi, Razin dan Adlan, tentang idea-idea penambahbaikan perihal tadbirurus Selangor, selain beberapa cadangan dari Rifqi, Imran dan Adlan yang ketiga-tiganya dari Shah Alam benar-benar membuat saya yakin bahawa semangat #KitaSelangor ini bukan sekadar satu slogan, tetapi menjadi satu gagasan besar yang boleh memacu Selangor sebagai sebuah tandaaras serantau.

InsyaAllah, dalam waktu terdekat ini saya akan umumkan satu program khas untuk Mahasiswa Selangor di luar negara, yang boleh mereka manfaatkan untuk persediaan mereka kembali menabur bakti di tanah air.

Selangor ini rumah kita, manfaatkanlah segenap ruang selagi kita berdaya, demi Selangor yang maju bersama.

#KitaSelangor


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.