Inisiatif

Peristiwa
21/8/23

Mengangkat sumpah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor

Patik merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di atas limpah perkenan DYMM Tuanku untuk patik mengangkat sumpah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.

Patik berikrar menumpahkan sepenuh taat setia kepada Negeri Selangor dan berjanji untuk meneruskan kecemerlangan Negeri Selangor, memelihara dan memperteguh kedudukan agama Islam, teguh menjunjung prinsip Perlembagaan Malaysia, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor serta Rukun Negara, meneruskan pentadbiran yang mengutamakan kebajikan rakyat, melaksanakan ikhtiar, memelihara perpaduan dan keharmonian rakyat, memakmurkan negeri serta mensejahterakan rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan, Insya-Allah.

Patik yang taat setia

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.