Majlis Menghadap DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Bukit Kayangan
Majlis Menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Istana Bukit Kayangan.
Menyembah maklum perkembangan terbaru mengenai projek dan inisiatif pembangunan serta pertumbuhan semasa ekonomi Negeri Selangor. DYMM Tuanku amat prihatin mengenai kedudukan ekonomi negeri serta kesejahteraan rakyat.
Sifat keprihatinan DYMM Tuanku sentiasa menjadi inspirasi kepada patik dan pentadbiran Kerajaan Negeri dalam mengutamakan agenda kesejahteraan rakyat Negeri Selangor. Menjunjung kasih Tuanku.