Inisiatif

Peristiwa
9/3/24

Konvensyen Penerangan KEADILAN 2024 di Subang Jaya.

Menyampaikan ucapan di Konvensyen Penerangan KEADILAN 2024 di Subang Jaya. Alhamdulillah saya rakamkan ucapan terima kasih dan jutaan terima kasih kepada para penggerak Penerangan dan Komunikasi KEADILAN.

Namun begitu, saya turut ingatkan bahawa cabaran yang menanti kita bukanlah mudah. Kita berdepan musuh yang menggunakan api perkauman serta meniup sentimen kebencian bagi mendapat sokongan. Kita menentang musuh yang menggunakan sentimen sempit di media sosial bagi mengelirukan rakyat tanpa berbicara soal dasar dan kebijakan demi manfaat rakyat.

Dunia media sosial yang semakin berevolusi di samping teknologi AI yang turut memberi cabaran yang luar biasa kepada jentera penerangan bagi memberi kefahaman kepada rakyat. Kita jangan putus asa dan lelah dalam perjuangan ini.

Insya-Allah saya beri komitmen bersama saudara Fahmi Fadzil selaku Ketua Penerangan untuk turun ke negeri-negeri bagi melaksanakan konvensyen seumpama ini bagi menyantuni dan memberi penerangan berkenaan isu semasa kepada penggerak parti.

#KEADILAN

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.