Jom Sambut Hari Alam Sekitar Sedunia 2020 - Raikan Biodiversiti.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahukah anda semua bahawa topeng muka, botol cecair pembasmi kuman dan sarung tangan pakai buang antara sampah paling banyak ditemui di Sungai Klang sejak Mac. Sejak November 2019, kerajaan Selangor mengutip antara 1,200 hingga ke 1,500 tan sampah sebulan di Sungai Klang.
Pembersihan, pemuliharaan serta pembangunan semula kawasan bandar di sepanjang tebing Sungai Klang yang dipanggil sebagai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) sedang giat dilaksanakan bagi meningkatkan daya tarikan dan keindahan Selangor.
Sempena sambutan Hari Alam Sekitar 2020, saya ingin mengingatkan warga Selangor untuk membuang topeng muka, botol hand sanitizer dan sarung tangan pakai buang di tempat yang sebetulnya. Ayuh kita jaga alam sekitar bersama-sama demi keindahan Selangor, Malaysia dan juga dunia.
#SelangorMajuBersama
#SelangorGempurCovid19