Suara

Ekonomi
17/7/23
Selangor

Harian Metro: Petaling, Sepang dijangka jadi lokasi operasi Tesla di Selangor

Shah Alam: Kerajaan negeri menyambut baik dan bersedia memudahcara kemasukan syarikat kenderaan elektrik Tesla Inc yang akan membuka ibu pejabat, pusat servis, dan pusat pengalaman di Selangor pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata antara lokasi yang sudah dikenalpasti sebagai tapak adalah di daerah Petaling dan Sepang dengan pejabat daerah serta pihak berkuasa berkaitan bersedia memudahcara dan menyelaraskan proses kemasukan pelaburan ini.

"Kehadiran Tesla Inc di Selangor menggambarkan keyakinan komuniti pelabur terhadap pentadbiran ini dan bakal menggalakkan lebih banyak syarikat antarabangsa yang menceburi bidang teknologi bateri untuk melabur di negeri ini.

"Ia juga meningkatkan keinginan generasi muda untuk mendalami bidang teknologi tinggi khusus dalam industri tenaga bersih.

"Ini bukan sahaja penting dalam industri kereta persendirian tetapi juga penggunaan bateri tenaga bersih dalam industri pengangkutan awam seperti rel, bas, dan van," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perkembangan itu juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Selangor sebagai negeri fasiliti 5G paling cekap di Asia Tenggara yang mana ia adalah antara asas untuk menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara yang menawarkan peluang pekerjaan bergaji lebih tinggi.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.