Geran Program Pembangunan Ibu Tunggal Negeri Selangor 2022
Ketika Jelajah Selangor Penyayang minggu lepas, inisiatif membantu para ibu tunggal ditambah dengan peruntukan sebanyak RM100 ribu kepada Wanita Berdaya Selangor (WBS). Geran ini bertujuan membina kapasiti kumpulan ini supaya lebih teguh mengharungi ekonomi dan kehidupan.
Kelab ibu tunggal akan ditubuhkan dengan permulaan RM1,500 bagi setiap DUN memulakan aktiviti asas, mengumpul data dan membina jaringan ibu tunggal. Memandangkan data kerap berubah, kelab ini memastikan tiada ibu tunggal yang tercicir.
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor