BIASISWA KHAS SAGONG TASI

Selangor sangat mengambil berat pendidikan masyarakat Orang Asal dan menyediakan bantuan khas pendidikan iaitu Biasiswa Sagong Tasi. Kadar sebenar yuran pengajian akan dibayar terus kepada universiti dan turut disertakan elaun sara diri sebanyak RM600 sebulan.
Sebagai komitmen tambahan menyokong masyarakat Orang Asal, permohonan ini juga dibuka sepanjang tahun. Kerajaan Negeri sangat menghargai sumbangan komuniti ini kepada kemakmuran negeri. Semoga inisiatif ini membawa kebaikan dan meringankan beban.
#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor