Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANiS)
Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah dibuka serta menawarkan manfaat sehingga RM5,000 untuk anak orang kelainan upaya (OKU) berusia 18 tahun ke bawah.
Khas buat warga Selangor, setiap keluarga boleh menerima empat jenis bantuan iaitu makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian peralatan mesin, serta ubat dan pendidikan khas. Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM3.25 juta dalam Belanjawan Selangor 2021 bagi pelaksanaan program pemberdayaan OKU.
Daftar sekarang di www.anis.yawas.my
#KitaSelangor
__
YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor