Inisiatif

Ekonomi
13/8/24

Bagaimana Amirudin Shari Merancang Selangor Menjadi Pusat Aeroangkasa Utama Asia

Selangor kini berada di barisan hadapan dalam industri aeroangkasa dengan Pelan Tindakan Aeroangkasa Selangor 2020-2030 yang dipimpin oleh Amirudin Shari. Pelan 10 tahun ini bertujuan untuk membangunkan Selangor sebagai hab perindustrian aeroangkasa utama di Asia Tenggara, menarik pelaburan antarabangsa yang besar.

Pada tahun lalu, pelaburan sektor pembuatan di Selangor mencatatkan peningkatan kepada RM19.3 bilion, sebahagiannya didorong oleh industri aeroangkasa. Dengan kerjasama syarikat terkemuka seperti Dassault Aviation dan Collins Aerospace, Amirudin Shari dan pasukannya bersedia untuk mencapai kejayaan global. Misalnya, kerjasama dengan Collins Aerospace dijangka akan memperkukuh Selangor sebagai pusat inovasi dalam teknologi penerbangan, yang akan terus meningkatkan daya saing negeri ini di peringkat antarabangsa.

Program Perantis Aeroangkasa Selangor (SAAP) juga memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang kepada golongan muda untuk meningkatkan kemahiran mereka. Melalui program ini, kita dapat memastikan Selangor terus melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan berdaya saing. Alhamdulillah, ikhtiar ini telah menjadikan Selangor sebagai destinasi pilihan pelabur asing, memperkukuh kedudukan kita di rantau Asia Tenggara.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.