100,000 Hadir! Shah Alam Bergema dengan Selawat Cinta Rasul Bersama Amirudin Shari!
Pada malam 31 Ogos, sempena sambutan Hari Kebangsaan, lebih 100,000 umat Islam berhimpun di Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk program Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka, menyatukan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW dengan alunan selawat, zikir, dan munajat. Kehadiran tokoh agama seperti Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan Kumpulan Majelis Az Zahir Pekalongan menyerikan acara dengan tausiyah yang penuh inspirasi. Dato’ Seri Amirudin Shari merakamkan penghargaan atas sokongan padu masyarakat dan berjanji untuk terus mengadakan program rohani yang menyuburkan nilai-nilai Islam, membentuk Selangor sebagai negeri yang berakhlak mulia dan berjiwa besar.