Ziarah mahabbah ke Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Jordan
Hari pertama di bumi Jordan dimulakan dengan ziarah mahabbah ke Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Jordan. Kemudian, kami dibawa melawat ke ke tapak bersejarah, iaitu Gua Ashabul Kahfi. Kisah para pemuda Ashabul Kahfi yang diceritakan dalam Al Quran, memberi inspirasi kepada kami bagaimana keteguhan iman dan prinsip melawan kezaliman akhirnya akan diberi kemenangan.
Seterusnya, saya meluncurkan Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah 2023 iaitu siri ke-3 konvensyen ini. Konvensyen ini meraikan siswa-siswi di sini dengan pelbagai program seperti pembentangan kertas kerja, dialog dan forum seputar isu-isu kontemporari dalam dunia Islam.
Terima kasih buat semua yang menyertai acara ini dan berkongsi pelbagai idea dan pandangan isu semasa dengan pihak Kerajaan Negeri. Ianya satu pengalaman yang bermakna bagi saya, moga kita terus berikhtiar mengukuhkan syiar Islam di Selangor, insya-Allah.